Abu Hurairah Pencinta Kucing


Siapakah
Dia Abu Hurairah ? Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini...
Abu
Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut
kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.
Rata-rata
kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam
kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun
beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.
Abu
Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru
diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut
bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi,
kucing adalah makhluk Allah dan mempun.
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah
kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing.
Dalam
suatu peristiwa, tatkala Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah)
menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau
yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak
kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Apabila
sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia
menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan
padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa
kucing kecil).
Gelaran
bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman,
malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana Nabi
s.a.w. sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah
mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi
pembelaan seekor anak kucing.
Banyak
hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah
mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh
nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing
Sumber
: http://akucintakanislam.blogspot.com
Label: Agama
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar