Tatacara Solat Dhuha Berserta Doa


Assalamualaikum
kepada para pembaca yang dirahmati Allah s.w.t., terima kasih kerana sudi
membaca di blog saya yang serba kerdil ini (namun dihiasi ilmu agama) dan
terutamanya, saya memohon maaf dari hujung rambut sampai stokin kerana saya
sudah tidak lama 'update' blog kerdil saya ini atas urusan-urusan yang tidak
dapat saya elakkan(urusan kemasukan Universiti kerana saya telah tamat SPM).
Baiklah,
cukup dengan pengenalan panjang lebar di atas, saya ingin menerangkan tatacara
solat dhuha.
Solat
dhuha adalah antara solat-solat sunat yang digalakkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w., hal ini kerana solat ini membuka pintu rezeki dan menepis penghalang
rezeki dari sampai kepada kita, insha-Allah.
Solat
dhuha boleh dilakukan dalam 2, 4, 6 dan 8 rakaat berdasarkan yang pernah dibuat
baginda Muhammad s.a.w..
Lafaz Niat : Usolli sunnatan dhuha rok'ataini
lillahi ta'ala
Niat : Sahaja aku solat dhuha 2 roka'at kerana Allah
ta'ala.
Namun
perlu diambil perhatian, sekiranya ingin melakukan solat dhuha 8 rakaat, maka
setiap 2 rakaat perlu ada taslim (salam penghujung solat).
Contohnya,
laksanakan dulu 2 rakaat, kemudian beri salam. Kemudian 2 rakaat lagi, dan
salam. Sehinggalah mencukupi 8 rakaat yang diingini.
Waktu : Waktu yang paling sesuai (jika tidak nampak
matahari) adalah dalam pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari. Sekiranya nampak
matahari, maka waktu sesuai adalah apabila panas matahari menyengat kulit
anda.
Setelah
solat sunat dhuha, berzikirlah kepada Allah s.w.t. kerana mengurniakan nikmat
melaksanakan solat dhuha sedangkan orang lain sibukkan diri dengan 'perkara
tidak kekal(dunia)'.
Doa Solat Dhuha
:
ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A
BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA,
WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA
INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA
HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA
BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBADIKASH
SHALIHIN.
Artinya: “Wahai Tuhanku,
sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu,
keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah
penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka
turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar
mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan
kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang
Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.
***
Selamat Melaksanakaan Solat Dhuha
Sahabat-Sahabat Semua
sumber :
http://akucintakanislam.blogspot.com/
Label: Agama
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar